Tuesday, June 3, 2008

Ikan Siakap

Siakap goreng tiga rasa.
Ramai orang malaysia yang tergiler giler dengan
masakan ini...tak tahu apa sebab nye...mungkin dengan kemasukan insan dari sempadan kelantan dan menbawa masakan yang paling senang....tetapi mahal sekali.masakan yang hanya
mengunakan 3 botol sos sahaja.....membuat satu brand yang susah raakyat malaysia nak lupakan malah ianya telah pun memjadi manu utama ibu ibu di rumah......senang saja nak buat branding kan...dari gerai gerai Tom yam ke dapur dapur Mahligai...Penangan Rasa Nya ikan Tiga Rasa
ha ha ha ha ha...ok lah kesian chef....saya bagi lah resepi.

Bahan Bahan nye:

600 gm ikan siakap....(beli kat pasar...senang suruh abang tu bersihkan ok)
4 cm Halia di hiris memamjang(macam mancis makcik)
5 ulas bawang Putih(hiris)
2 Labu Bawang Besar (hiris bulat dan nipis)
sedikit serbuk lada sulah dan minyak bijan untuk
di sapukan bersama ikan sebelum di saturkan dengan tepung.

Bahan Bahan sos nye.
1 cawan air,
2 sudu besar sos Tiram
3 sudu besar sos Tomato
2 sudu Besar sos Cili
(gaul semua bahan sos dalam bekas sehingga sebati)

secukup nye bahan perisa,

1 sudu gula.(kalau tak suka manis agak agak aja)
sedikit serbuk lada sulah(pepper)
Garam secukup rasa.
1 sudu makan susu ideal atau krim segar.

Tiga jenis tepug untuk mengoreng ikan.

1/2 cawan tepung ubi
1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung jagung

minyak untuk mengoreng dan menumis.

Cara cara.
1.Panaskan minyak.sadurkan ikan bersama tiga jenis tepung sehingga rata dan goreng ikan
sampai masak dan garing.Ketipikan.
2.Panaskan 4 sudu minyak masak dan tumis bahan hirisan sehingga agak layu dan masukan
bahan sos dan semua yang lain...kacau dan masak sehingga cukup rasa.
curahkan sos tiga rasa keatas ikan dan hidangkan panas.
(jika sos terlalu cair....pekatkan bersama air tepung jagung.

No comments: